Assalamualaikum semua...
Hampir terlupa tugasan ini kerana syok tengok post rakan sekelas..Menarik semuanya..
Jadi sebagai rutin wajib kelas multimedia. Saya akan kongsi sedikit keistimewaan gambar ini↓
Gambar pertama dengan caption penuh sayu ini merupakan gambar kedua orang tua saya. sebenarnya banyak je gambar lain tapi saya rasa gambar ini menarik untuk dikongsi. Penuh pengalaman dan pengajaran. Gambar ini diambil di Tanjung Piai, Pontian yang juga merupakan hujung benua. Istimewanya gambar ini kerana ia merupakan gambar pertama ayah bergambar berdua bersama mama. Ayah seorang yang pemalu dengan anak-anaknya tapi dalam diam dia sangat ambil berat. Kepayahan mereka kadang saya dapat rasai dan kadang mereka sembunyikan. Apa salahnya kan kita kongsi gambar syurga kita kepada orang ramaikan.
Gambar kedua ini saya ambil sewaktu kelas Asas Teater bersama Dr. Fadzilah. Kelas ini merupakan kelas minor saya. Untuk Gambar ini saya berfikir panjang nak post sebab saya bukan jenis yang suka tunjuk gambar selfie dekat orang ramai lagi-lagi Instagram. Demi kelas Multimedia dan saya rasa gambar ini banyak mesej yang tersimpan, saya tekadkan diri untuk post. Saya bagi caption yang agak klishe tapi membawa dua makna mengikut pandangan pembaca. Muka pasrah sebegitu hanya akan terlihat diwajah wanita yang sudah tahu hakikat dirinya yang mampu beli hanya satu dalam sejuta. Ia menarik untuk dikongsi kerana saya pasti ramai wanita diluar sana mengalami perasaan yang sama dengan saya.