Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Hari ini saya akan berkongsi mengenai etika penulisan dalam blog.
Blog merupakan salah satu media sosial yang diwujudkan untuk berkongsi maklumat kepada pengguna (mesra pengguna). Pada hari ini, blog bukan sahaja menjadi wadah perkongsian ilmu tetapi boleh dijadikan medium untuk berkomunikasi (Li & Chignell, 2010). Menurut Ferdig & Trammell (2004) sebelum menghasilkan apa-apa karya, penulis harus mengetahui garis panduan penulisan dalam blog.
Penulis blog mestilah berhati-hati apabila menulis supaya dapat mengambil kira sensitiviti yang lain. Walaupun pada hakikatnya, blog merupakan hak milik sepenuhnya penulis blog. Tetapi mereka mempunyai batasan dalam perkongsian maklumat, meletakkan pendapat dan memberikan komen kepada penulis blog yang lain. Walaupun penulisan blog ditulis berkaitan dengan berita terkini, tidak bermakna mereka boleh menyentuh isu-isu panas dalam penulisan mereka. Sebagai contoh, menulis ketidakpuasan hati mereka kepada sesetengah pihak dengan menggunakan kata kesat dan tidak beradab sopan. Mereka seharusnya meluahkan idea dengan cara yang unik dan kreatif (Normaliza Abd Rahim, 2014).
Menurut Shahsavar & Tan (2011), apabila penulis blog berkolaborasi dengan orang lain dalam blog, mereka mestilah bekerja secara interaktif. Penulis mestilah menghasilkan hubungan dua hala antara penulis dan orang lain. Kolaborasi yang terjalin memberikan impak positif kepada penulis dalam meningkatkan kemahiran dan memperbaiki penulisan. Walaubagaimanapun penulis hendak memastikan maklumat yang dihasilkan dapat difahami dan mudah untuk dibaca. Dengan kata lain menggunakan perkataan dan struktur ayat yang ringkas dan berilmu (Normaliza Abd Rahim, 2014).
Tambahan pula, tajuk dan cerita yang menarik mampu menarik perhatian pembaca. Bagi memastikan blog yang dihasilkan menarik, penulis mesti mengambil kira pemilihan tajuk supaya bersesuaian dengan cerita yang disampaikan. Penulis boleh memasukkan hujah terbaik dalam menghuraikan penulisan seperti meletakkan pendapat sarjana atau kata-kata hikmah dan menggunakan contoh serta pengalaman sendiri. Selain itu, penulis boleh memasukkan unsur humor (jenaka) untuk membuatkan cerita dan penulisan yang dihasilkan lebih kreatif dan menarik. Penulisan yang hebat dan menarik tidak semestinya hanya berpandukan kepada ilmu semata-mata tetapi mestikan seimbang dengan hujah dan contoh yang kreatif (Normaliza Abd Rahim, 2014).
Kesimpulannya, sekiranya penulis mematuhi etika dalam penulisan blog, mereka akan mampu menghasilkan penulisan yang kreatif dan unik. Selain itu, mereka mampu meningkatkan kemahiran yang berkaitan dan memperbaiki penulisan. Tambahan pula, penulis dapat meningkatkan keyakinan dalam menulis dan memotivasi diri untuk mampu berfikir secara kritis dna kreatif.
Sekian, terima kasih.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
BBM3410Satu2019: Youtube (Vlog Konvokesyen)
Assalamualaikum wbt... 24 November 2019, Youtube, Video 10 Video sepuluh ini adalah video yang paling menyeronokkan buat kami sebab...
-
Medium Shot (3 manusia dan 3 permandangan dan manusia) Senyum klasik yang sesuai dengan latar belakangnya..Klasik dan unik..Bukan...
-
Assalamualaikum semua... Hampir terlupa tugasan ini kerana syok tengok post rakan sekelas..Menarik semuanya.. Jadi sebagai rutin waji...
-
Assalamulaikum dan selamat sejahtera, Hari ini saya akan berkongsi sinopsis cerita Nenek dan Datuk. Kisah ini berkaitan tentang seorang ...
No comments:
Post a Comment