Thursday, September 26, 2019

BBM3410Satu2019: Masih Di Sini

Assalamualaikum semua...

Sebanyaknya mana kenangan yang telah terukir..semuanya bermula dari sini Universiti Putra Malaysia (UPM). Aku berada disini sejak tahun 2016 tetapi aku tidak keseorangan kerana aku punya teman dan sahabat yang tetap setia disisiku. Bersama mereka aku mengukir kenangan manis semanis madu dan bergelut dengan pahitnya kehidupan. Jatuh bangunku bersama mereka. Moga kita tetap bersama sehingga ke penghujung.

Keluargaku adalah pembakar semangatku ketika aku mula kedinginan. Merekalah tulang belakangku menampung keluhan dan penat lelahku selama tiga tahun setengah. Tidak akan aku lupakan raut wajah mereka yang bangga bercampur gembira saat membaca surat kelayakan melanjutkan pelajaranku di UPM.

Aku bersyukur tuhan kurniakan mereka untukku...

dan Aku Masih Di Sini...




Sunday, September 22, 2019

BBM3410Satu2019: Nenek dan Datuk

Assalamulaikum dan selamat sejahtera,

Hari ini saya akan berkongsi sinopsis cerita Nenek dan Datuk.

Kisah ini berkaitan tentang seorang budak bernama Alim yang sangat suka pulang ke kampung halaman datuk dan neneknya. Keterujaannya semakin membuak apabila Alim membayangkan suasana kampung serta ayam dan itik belaan datuk dan neneknya yang akan dirasainya sebentar nanti. Tetapi semuanya berubah apabila Alim sampai di kampungnya. Suasana kampung yang dibayangkan tidak lagi sama dengan realiti. Alim mula sedih, marah dan menangis untuk semua perkara seperti apabila dia tidak menemukan haiwan belaan datuknya di dalam reban dan menyangka rumah datuk dan neneknya telah hilang. Tetapi telah ditenangkan oleh keluarga Alim dengan menunjukkan reban baharu untuk haiwan belaan datuknya serta mengajaknya menonton cerita kartun.

Rujukan:
Normaliza Abd Rahim. (2018c). Model Penceritaan Melalui Cerita Kanak-Kanak. Universiti Putra Malaysia. Hakciota Terpelihara.


Multi media merupakan pengunaan media yang menyajikan kombinasi pelbagai elemen informasi seperti animasi, video, teks, suara, grafik dan gambar yang bertujuan menyampaikan maklumat atau sedar memberikan hiburan. Cerita sosial diatas dapat disebarkan dengan menggunakan beberapa jenis multimedia iaitu multimedia Interaktif (vitual reality) dan multimedia Linear.

Multimedia Interaktif atau dipanggil vitual reality merupakan penggunaan multimedia untuk penerapan secara langsung. Multimedia ini menggunakan unsur suara, gambar dan animasi. Interaksi antara media dengan pengguna media melalui bantuan komputer, tetikus dan papan kekunci dan sebagainya.

Selain itu, Multimedia Linear adalah jenis multimedia yang berjalan lurus. Multimedia ini biasanya dilihat pada semua jenis film, video dan sebagainya. Multimedia ini berlangsung tanpa kawalan navigasi dari pengguna. Penyajian yang harus berurutan dari awal hingga akhir.

Sekian, terima kasih.

BBM3410Satu2019: Etika Penulisan Blog.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Hari ini saya akan berkongsi mengenai etika penulisan dalam blog.

Blog merupakan salah satu media sosial yang diwujudkan untuk berkongsi maklumat kepada pengguna (mesra pengguna). Pada hari ini, blog bukan sahaja menjadi wadah  perkongsian ilmu tetapi boleh dijadikan medium untuk berkomunikasi (Li & Chignell, 2010). Menurut  Ferdig & Trammell (2004) sebelum menghasilkan apa-apa karya, penulis harus mengetahui garis panduan penulisan dalam blog.

Penulis blog mestilah berhati-hati apabila menulis supaya dapat mengambil kira sensitiviti yang lain. Walaupun pada hakikatnya, blog merupakan hak milik sepenuhnya penulis blog. Tetapi mereka mempunyai batasan dalam perkongsian maklumat, meletakkan  pendapat dan memberikan komen kepada penulis blog yang lain. Walaupun penulisan blog ditulis berkaitan dengan berita terkini, tidak bermakna mereka boleh menyentuh isu-isu panas dalam penulisan mereka. Sebagai contoh, menulis ketidakpuasan hati mereka kepada sesetengah pihak dengan menggunakan kata kesat dan tidak beradab sopan. Mereka seharusnya meluahkan idea dengan cara yang unik dan kreatif (Normaliza Abd Rahim, 2014).

Menurut Shahsavar & Tan (2011), apabila penulis blog berkolaborasi dengan orang lain dalam blog, mereka mestilah bekerja secara interaktif. Penulis mestilah menghasilkan hubungan dua hala antara penulis dan orang lain. Kolaborasi yang  terjalin memberikan impak positif kepada penulis dalam meningkatkan kemahiran dan memperbaiki penulisan. Walaubagaimanapun penulis hendak memastikan maklumat yang dihasilkan dapat difahami dan mudah untuk dibaca. Dengan kata lain menggunakan perkataan dan struktur ayat yang ringkas dan berilmu (Normaliza Abd Rahim, 2014).

Tambahan pula, tajuk dan cerita yang menarik mampu menarik perhatian pembaca. Bagi memastikan blog yang dihasilkan menarik, penulis mesti mengambil kira pemilihan tajuk supaya bersesuaian dengan cerita yang disampaikan. Penulis boleh memasukkan hujah terbaik dalam menghuraikan penulisan seperti meletakkan pendapat sarjana atau kata-kata hikmah dan menggunakan contoh serta pengalaman sendiri. Selain itu, penulis boleh memasukkan unsur humor (jenaka) untuk membuatkan cerita dan penulisan yang dihasilkan lebih kreatif dan menarik. Penulisan yang hebat dan menarik tidak semestinya hanya berpandukan kepada ilmu semata-mata tetapi mestikan seimbang dengan hujah dan contoh yang kreatif (Normaliza Abd Rahim, 2014).

Kesimpulannya, sekiranya penulis mematuhi etika dalam penulisan blog, mereka akan mampu menghasilkan penulisan yang kreatif dan unik. Selain itu, mereka mampu meningkatkan kemahiran yang berkaitan dan memperbaiki penulisan. Tambahan pula, penulis dapat meningkatkan keyakinan dalam menulis dan memotivasi diri untuk mampu berfikir secara kritis dna kreatif.

Sekian, terima kasih.


Friday, September 20, 2019

BBM3410Satu2019:SAYA FAHAM

Lagu & Lirik: Profesor Dr. Normaliza Abd. Rahim
Hak Cipta: Universiti Putra Malaysia




SAYA FAHAM

Saya kata "Apa khabar"
Dia jawab "Khabar baik"
Ucapan untuk dia
Ucapan untuk saya

Selamat pagi, tengah hari, petang, malam
Untuk dia
Untuk saya

Terima kasih
Sama-sama
Untuk dia
Untuk saya

Terima Kasih
Sama-sama
Untuk dia
Untuk mereka



BBM3410Satu2019:Diri

Assalamualaikum

Nama diberi Nurul Amirah binti Jalani. Berasal dari Johor. Mengambil Jurusan Bachelor Sastera (Bahasa dan Linguistik Melayu). Saya memegang kad matrik bernombor 187451. Saya mengambil minor seni persembahan. Saya merupakan pelajar tahun akhir dan akan bergraduasi pada tahun 2020.
Saya merupakan anak sulung daripada empat orang adik-beradik. Bapa saya bernama Jalani bin Samidi dan ibu saya bernama Maslina binti A.Ghani.

Berjalan tanpa cabaran ibarat hidup tanpa cahaya.

terima kasih.


BBM3410Satu2019: Youtube (Vlog Konvokesyen)

Assalamualaikum wbt... 24 November 2019, Youtube, Video 10 Video sepuluh ini adalah video yang paling menyeronokkan buat kami sebab...