Promosi buku datang lagii!!!!!
Hari ini saya akan berkongsi serba sedikit kandungan buku Eh!!! Media Sosial (Ulasan).
Buku Eh!!! Media Sosial ditulis oleh Noraien Mansor dan Normaliza Abd Rahim. Buku ini mengandungi lapan bab iaitu Media sosial: gambar keseluruhan, Twitter dan trend terkini, Facebook masih digunakan, Instagram menyeronokkan, E-mel masih popular pada masa ini, Blog di dalam kelas bahasa, Isu dalam rangkaian sosial dalam kalangan pengguna dan implikasi pedagogi. Bab pertama iaitu Media sosial: gambaran keseluruhan menceritakan tentang apa itu media sosial, rangkaian sosial, jenis-jenis media sosial serta kajian berkaitan media sosial. Bab kedua hingga keenam berkaitan Twitter, Facebook, Instagram, E-mel dan Blog yang diterangkan lebih terperinci termasuklah kajian yang dijalankan. Bab ini juga menerangkan bagaimana cara membuka akaun Facebook, Blog, Twitter, Instagram dan E-mel dengan lebih terperinci iaitu penerangan beserta gambar satu demi satu.
Isu dalam rangkaian sosial dalam kalangan pengguna merupakan bab ketujuh dalam buku Ehh!!! Media Sosial ini. Kajian-kajian yang dilakukan oleh beberapa pengkaji terkenal seperti Normaliza Abd Rahim (2013), Brandtzaeg (2012), Waheed et al. (2017) dan Baharah et al. (2017) dipaparkan dalam buku tersebut. Bab seterusnya menerangkan tentang peranan guru dan pelajar dalam pedagogi dan di dalam bab ini diterangkan dengan lebih terperinci implikasi pedagogi. Jadi maka dapatlah disimpulkan bahawa keseluruhan buku ini memberikan pembayang akan aktiviti yang dilakukan oleh pelajar secara persendirian atau di dalam kelas. Tambahan pula, buku ini sangat membantu pengguna baharu dalam menerokai dunia media sosial seperti cara membuka akaun dan sebagainya.
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim. (2019). Eh!!! Media Sosial. Terengganu: Penerbit UMT
Nama buku: Eh!!! Media Sosial
Penulis: Noraien Mansor dan Normaliza Abd Rahim
Harga buku: RM60.00 Shj
No comments:
Post a Comment