Saturday, December 21, 2019

BBM3410Satu2019: Youtube (Vlog Konvokesyen)

Assalamualaikum wbt...

24 November 2019, Youtube, Video 10

Video sepuluh ini adalah video yang paling menyeronokkan buat kami sebab dapat ushar suasana konvo before konvo kitaorg.. dan video paling susah nak edit.. apa problem kami adalah waktu ni semua masalah jadi punca pergaduhan.. yang tak beri kerjasama lain, yang menuang lain..macam2 perangai keluar..masa ni ni semua belang keluar baru kau tahu rupanya ada singa dibalik kulit kambing dan rupanya ada kubah dibalik semak. Alhamdulilah kami tak cepat koyak..masih cool dan cuba memahami.. kakang yang dihadapi masa, cuaca dan orang yang nak ditemubual. Bukan mudah nak cari kelainan.. 

Jom tekan link di bawah sebab dalam masalah2 pun video kami kira yang terbaik tau...haa tepuk!!


https://youtu.be/9KGHlpSNnJE



BBM3410Satu2019: Youtube (Oneshot 3 Layer)

Assalamualaikum wbt...

21 November 2019. Youtube. Video 9


Nama Kumpulan: Prestige Production
Nama Video: Oneshot 3 layer
Lagu: Pematah Hati
Tugasan dalam Video: Penyanyi dan penari

tugasan video kali ini agak extrim sikit.. sebab kena shoot dekat khalayak...mula-mula nak buat dekat dewan besar sebab pada hari tersebut tengah berjalan majlis konvo..jadi mestilah ramai orang..last-last smpi sana..hujan pulak..gelabah masing-masing. Dua hari praktis sebab nak shoot sekali jer. Alhamdulilah..pusing2 main campus jumpa satu tempat yang confirm ramai orang dan agak selesa untuk shoot video. Masa ni semua orang yang lalu lalang pandang pelik sebab tak pernah ada budak ekonomi akan buat macam tu..

Kalau korang nak tahu dimana video tu di shoot dan nak tengok foiengner arab menari bersama dengab kami..tekan link dibawah okay ...




BBM3410Satu2019: Youtube (Oneshot 2 Layer)

Assalamualaikum wbt...

19 November 2019. Youtube. Video 8


Nama Kumpulan: Prestige Production
Nama Video: Oneshot 2 Layer
Lagu: Perasaanku 
Tugasan dalam Video: Penyanyi dan pelakon

Sebelum itu oneshot 2 layer ini apa? okay...oneshot 2 layer ini adalah video yang merakamkan nyanyian dan lakonan dengan kamera tidak bergerak. cabaran dalam proses pembuatan video adalah aku harus menyanyi lagu tersebut dengan penuh kesedihan dan melakonkan seperti aku betul-betul kena macam tu. bayangkan macam mana nak fokus kalau semua orang asik gelak dan fokus dekat aku.. Alhamdulilah video ini berjaya disiapkan dengan hanya dua kali shoot sahaja. cerita-cerita sedih kasihan sesuai dengan watak aku.. kalau video sebelum ni gedik manja.. memang bukan akulah.. aku bangga dengan hasilnya..tak sia-sia aku berperang dengan mama masa nak masuk ni..sebab mama cakap aku tak ada jiwa seni..hehehe..now here I am..#riaksikit...

Dalam video ini juga..sahabat aku anira kena pakai baju pengantin alien hehe..sebab dia watak flashback aku masa mula-mula kawin dulu..#dalamceritanilah..Aku punya marah sampai baling barang dekat akmal aka husband aku dalam video ni...Jadi nak tengok barang apa aku baling kena muka dia tu dan macam mana baju alien..jomlah tekan link dekat bawah..tak rugi pun..


https://www.youtube.com/watch?v=marrqJiuaqo


BBM3410Satu2019: Youtube (Oneshot)

Assalamualaikum wbt...

9 November 2019. Youtube. Video 7


Nama Kumpulan: Prestige Production
Nama Video: Oneshot 
Lagu: Temberang
Tugasan dalam video: Penari latar

Untuk pengetahuan semua..walaupun saya ambil seni persembahan untuk minor tapi saya taklah pakar mana..budak noob lagi. jadi jangan hanya berharap pada kami..okay nak dipanjangkan cerita..kumpulan kami ada 11 orang..4 orang minor seni persembahan.. seorang minor hr dan selebihnya minor terjemahan.. mereka ingat kami ni budak teater jadi kami tahu semua benda pasal seni-seni ni..tak tahu banyak ponteng kelas..banyak main dalam kelas..memang masa tu saya dan nitan bertukus lumus fikir step..alasan mereka follow saja. okay..tapi Alhamdulilah mereka betul-betul follow.. jadi senang kerja..nak dijadikan cerita juga..ramai budak kelas yang nak buat dekat blackbox sebab tugasan oneshot one layer..jadi latar kena kosong untuk lebih senang..dinding..kami sem ni memang mostly kelas dekat blackbox..kami niat nak senangkan semua orang tapi malah dituduh ambil kesempatan dengan kelebihan yang ada. mereka tak tahu kami juga berusaha nak dapat bilik tu. mungkin agak senang sebab prof yang mengajar kami tu owner blackbox jadi senanglah nak diapprove..tapi kami tak pernah niat nak susahkan orang lain. sedih...last-last kami buat dekat padang kawad..rare habis..takde siapa yang buat..

jujur temberang ni tarian dia seksi sikit..yang pilih pun bukan kami budak lain..akhir cerita..kami budak seni persembaha yang kena cari step..tapi tak apela..pengalaman..kenangan..best jugak sebenarnya..baru kita tahu dekat mana tahap kita selama ini sebab dah setahun belajar pasal teater, improvisasi dan lakonan ni..

jadi untuk anda yang nak tengok kami bergelak seksi ala-ala Aida Jebat..tekan link di bawah..


https://www.youtube.com/watch?v=UiwzIT-xL8w

BBM3410Satu2019: Youtube (Flatlay Kumpulan dan Individu)

Assalamualaikum wbt...

28 Oktober 2019. Youtube. Fotografi 5


Nama Kumpulan: Prestige Production
Nama Video: Flatlay manusia dan benda
Tugasan dalam Video: Flatlay manusia


Kalau korang semua nak tahun...Flatlay ini adalah cara shoot gambar yang paling famous dalam kalangan jurugambar, instafamous, blogger dan sebagainya. Flatlay ni ada empat jenis iaitu flat, half, quater dan zero. Waktu ini cuti midsem dah nak mula jadi semua jadi kelam kabut nak bahagi tugas, nak shoot gambar, nak set masa dan siapkan editing video sebelum midsem mula. Agak tergesa-gesa..Dahlah first time shoot benda ni dengan kena ikut jenis dia pulak. Masalah..Masalah.. Tapi semuanya berakhir dengan baik sebab ada kerja sama. Sampai tugasan ni bawak balik kampung tau...
Kisah sedih yang tak akan dilupakan adalah masa nak present video ni dalam kelas kebetulan salah seorang ahli kumpulan tak datang sebab masalah kesihatan. Ada hikmah dia datang sebab kalau present juga confirm kena tegur banyak dengan prof sebab banyak gambar yang salah. Akhirnya lepas bincang balik dalam Whatsapp.. semua setuju nak present dalam bilik prof.. betullah banyak kena betulkan banyak kena comment..Alamakkk...

Tengoklah penambahbaikan yang kami telah lakukan selepas kena tegur...Nak tengok Jadi tak jadi flatlay manusia yang aku ambil dengan anira..Jom saksikan video kami di Youtube...


https://www.youtube.com/watch?v=Yk3VjmYlCqI


7 November 2019. Youtube. Fotografi 11 (Flatlay individu)


Tugasan kedua ini individu..kena buat dekat rumah..masa cuti midsem..yang payahnya bagi aku sebab tugasan ni kena tangkap gambar makanan yang dimasak dirumah menggunakan teknik flatlay..kau rasa??macam mana kau ambik gambar masak kampung mama aku tu...Stress...Tapi aku buatlah juga cantik tak cantik belakang cerita yang penting mama aku yang buat..Tiada makanan yang lagi sedap daripada masakan ibu..percayalah..walaupun selama ni presentation makanan mereka tak berapa baik tapi rasa dia tu yang overshadow semua tau..itu nasib baik tak amik kelas kulinari kalau amik..kayak hotel lima bintang wow...

nak tengok tak apa yang mama aku masakan untuk aku istimewa untuk upload di youtube..jom tekan link di bawah..


https://www.youtube.com/watch?v=LvBFC6N2Jnk


BBM3410Satu2019: Youtube (Simpulan Bahasa)

Assalamualaikum wbt...

19 Oktober 2019. Youtube. Fotografi 4


Nama Kumpulan: Prestige Production
Nama Video: Simpulan Bahasa
Tugasan dalam Video: Gambar yang melambangkan makna buta huruf


Prof bagi kerja tak pernah senang..semua perlu effort dan masa. Tapi kalau senang bukan assignment larh kan namanya... Kali ni aku dan kumpulan aku akan buat tugasan yang agak menyeronokkan sebab kami kena shoot 10 gambar makna daripada simpulan bahasa yang dipilih iaitu puteri lilin, buah hati, buaya darat, raja sehari, panjang tangan, kaki ayam, buta huruf, ulat buku, atas pagar, dan langkah seribu. Benda yang paling menyeronokkan aku untuk tugasan ini adalah kebanyakan gambar simpulan bahasa ada gambar aku. Model terkenal katakan...hehehe..seronok sebenarnya jadi model tapi lagi seronok tak buat apa-apa...oppss. Tapi yang puteri lilin tu betul..dulu waktu sekolah aku aktif dengan program jadi kulit problem teruk dan hitam..aku bertekad lepas sekolah aku nak jaga kulit. hampir 3 tahun aku tak duduk bawah matahari selubung dengan kain, payung..hehehe..#manjasangat.
Tugasan ini juga aku buat benda yang aku tak pernah buat..Aku tak pernah berkaki ayam tanpa kasut kecuali ada stoking. Abah aku cakap kalau tak pakai kasut, kaki berulat yang lubang-lubang tu...seram sangat-sangat. Seminggu aku cuci sental kaki aku.. Trauma...

Jadi sesiapa nak tengok Elsa frozen cair kena kepanasan cahaya matahari dan kaki aku berkulat ke tak..Jom tengok video kami diyoutube..tekan link dekat bawah kalau tak boleh copy link lerr...



https://www.youtube.com/watch?v=TqowvGFnDaE



Wednesday, December 18, 2019

BBM3410Satu2019: Youtube (Swafoto & Potret)


Assalamualaikum wbt...

19 Oktober 2019. Youtube. Fotografi 3


Nama Kumpulan: Prestige Production
Nama Video: Swafoto dan Potret
Tugas dalam Video: Model


Tugasan ini adalah tugasan ketiga untuk kumpulan kami. Nampak macam senangkan bila Prof suruh berswafoto bersama kumpulan. Ambil gambar memang senang tapi bila sampai bahagian nak cari angel dan nak cari latar belakang yang kreatif... berpeluh jugak lah muka. berkuah jugak lah ketiak. Tapi yang lagi berkuah bila kena ambil gambar potret. Berpuluh gambar ambil untuk nak dapatkan yang terbaik. Nak nampak kreatif punya pasal Anira salah seorang ahli kumpulan Prestige Production sampai duduk tengah jalan dan tebalkan muka.. hehe..Ini baru namanya kelas Multimedia...Masa ini kumpulan kami masih dalam proses mengenal, Jadi masih rasa kekok sikit.. Tapi apa-apa pun tugasan berjaya dilunaskan dan mendapat pujian daripada prof...Alhamdulilah...








BBM3410Satu2019: Youtube (Fotografi 2)

Assalamualaikum wbt...

12 Oktober 2019, Youtube, Fotografi 2

Nama kumpulan: Prestige Production
Nama Video: Fotografi 2
Tugas dalam penyediaan video: Jurugambar

Video fotografi ini merupakan tugasan berkumpulan kedua yang diberikan oleh Prof Madya Dr. Normaliza kepada kami. Agak menarik tapi sangat mencabar. Untuk tugasan kali ini, aku telah diamanahkan oleh ketua kumpulan kami iaitu Akmal untuk menjadi jurugambar. Siapa kata senang jadi jurugambar. dapat dek ahli dalam kumpulan yang cerewet masak aku. Alhamdulilah.. mereka semua jenis chill2. Tugasan pertama ni kira macam ice breaking lah sesi perkenalan untuk mencari keserasian. 

Habis je kelas jam 12, terus semua berkumpul untuk buat sesi penerangan dan pembahagian tugas. Masa nilah aku terpilih sebagai photographer. Terdapat lima jenis gambar yang perlu diambil seperti pemandangan, silhoutte, pendua, bayangan dan kabur.  Segala skill yang ada pada aku, aku curahkan sepenuhnya. Jangan cakap baring je... panjat, tiarap dan terbang semua aku rasa. Kenangan yang aku paling ingat, sewaktu shoot gambar bayang dan gambar kabur nak diambil, meniarap aku atas tar panas nak dapatkan angel paling bagus. Shoot gambar bayang paling win antara yang lain sebab aku ambil gambar sampai berpanjat-panjat satu sama lain.. hehehe.. memori terbaik yang aku kumpul bersama prestige production. 






Tuesday, December 10, 2019

BBM3410Satu2019: Instagram Minggu 11

Assalamualaikum wbt...

18 November 2019, Instagram, Minggu 11

Tema untuk post minggu ini adalah Kelegaan dan Kegembiraan.. Rasa payah gila nak cari gambar untuk tema ini sebab sangat luas dan besar skopnya... lega dan tenang apa beza? seminggu jugaklah jenuh mencari.. ramai budak kelas yang dah post untuk minggu ni. Ada yang letak gambar sendiri sambil minum air, ada juga yang letak gambar lega lepas siap PITA. Ada yang post gambar muka sendiri happy...Kelainan itukan sumber penarik..Tak salahkan kalau nak jadi sebahagian darinya.

Disebabkan aku ni suka kelainan. Aku pilih gambar sahabat aku ni sebagai kelegaan. Gambar ini diambil waktu kami lari dari realiti kejap ke pantai berdekatan. Waktu ini dah memang stress dengan kehidupan harian yang bergerak hanya mengikut rutin. Waktu ni kami belum belajar lagi snap gambar mengikut rule of thirds. tapi masih nicelah. Bakat terpendam katanya. Aku pilih caption berkonsep dadah sebab dadahkan melegakan. Tapi cuma ibaratkan jela...Aku ibaratkan ketenangan di tepi pantai yang aku nikmati waktu ini adalah dadah yang mampu buat aku khayal dan lupakan semua benda. Tugasan prof juga aku ibaratkan sebagai dadah tapi dadah yang overdose. hehehe..Kelainan ini membuatkan prof like dan comment sekaligus. hehehe.. 



Gambar kedua ni adalah kegembiraan. Benda yang mengembirakan aku adalah keluarga semestinya... Gambar ini waktu raya kedua di rumah sahabat baik tokmak di Kota Tinggi. Ahli keluarga saya memang ramai itu yang menarik. Setiap kali berkumpul mesti ada sahaja cerita yang nak dikongsi lepastu borak dari pagi sampai malam. Caption ditulis berdasarkan idea suasana dapur waktu hari raya..Masa ini idea mencurah-curah.. kreatif habis. Sampai ke dapur captionnya pegi..hehehe.. Jangan cakap like, comment sekali prof bagi..Hebat tak hebat..mestilah sangat hebat... mencuba mengorek rahsia tapi masih gagal sebab prof dapat baca maksud tersirat..heheehe...


instagram.com/amirah_jalani

BBM3410Satu2019: Instagram (Minggu 10)

Assalamualaikum wbt...

11 November 2019, Instagram, Tugasan Minggu 10

Minggu ini kami diarahkan untuk post gambar bertemakan Redha dan Ketenangan. Seperti biasa sebelum nak post apa-apa, kena faham maksud disebalik perkataan tersebut. Takut nanti salah tafsir pulak kan. Paling menakutkan bila nak post caption adalah humor. Tak kelakar tak dapat like daripada prof...Like daripada prof ibarat dapat reward masuk pertandingan..Comment daripada prof ibarat dapat pujian daripada artis dan social influence. 


Gambar pertama ini adalah gambar bertemakan Redha. Muka dah habis Redha dah tu. Idea daripada konsep ini diambil daripada Pinterest. Lebih kepada konsep makan study tidur. Gambar Flat lay. Bangun pagi-pagi, paksa member tolong tangkapkan gambar, segala kepakaran dikeluarkan, segala ilmu dalam photografi dicurahkan dan inilah hasilnya. Dah rasa paling kreatif dah ni tapi masih belum dapat memuaskan hati prof..hehe.. Kadang apa yang kita rasa baik tak semestinya orang lain rasa baik. hehehehe.






Gambar kedua ini bertemakan Ketenangan. Suka sangat dengan gambar ni sebab kualiti gambar dan pemandangannya sangat baik. Iphone X katakan... Gambar ketenangan adalah gambar yang bila kalian melihat hati kalian jadi terusik. Tak dapat banyak sikit pun jadilah. Sebenarnya lokasi gambar ini di kawasan semak. Tapi tak nampak macam semakkan..hehehe..Gambar ini dapat like daripada prof. Tapi semua orang yang melihat pun akan like sebab betul-betul cantik dengan ditambah model tak berbayar tu..hehehe.. 




instagram.com/amirah_jalani

Wednesday, December 4, 2019

BBM3410Satu2019: Ulasan Buku Eh!!! Media Sosial

Assalamualaikum wbt...

Promosi buku datang lagii!!!!!

Hari ini saya akan berkongsi serba sedikit kandungan buku Eh!!! Media Sosial (Ulasan).

Buku Eh!!! Media Sosial ditulis oleh Noraien Mansor dan Normaliza Abd Rahim. Buku ini mengandungi lapan bab iaitu Media sosial: gambar keseluruhan, Twitter dan trend terkini, Facebook masih digunakan, Instagram menyeronokkan, E-mel masih popular pada masa ini, Blog di dalam kelas bahasa, Isu dalam rangkaian sosial dalam kalangan pengguna dan implikasi pedagogi. Bab pertama iaitu Media sosial: gambaran keseluruhan menceritakan tentang apa itu media sosial, rangkaian sosial, jenis-jenis media sosial serta kajian berkaitan media sosial. Bab kedua hingga keenam berkaitan Twitter, Facebook, Instagram, E-mel dan Blog yang diterangkan lebih terperinci termasuklah kajian yang dijalankan. Bab ini juga menerangkan bagaimana cara membuka akaun Facebook, Blog, Twitter, Instagram dan E-mel dengan lebih terperinci iaitu penerangan beserta gambar satu demi satu.

Isu dalam rangkaian sosial dalam kalangan pengguna merupakan bab ketujuh dalam buku Ehh!!! Media Sosial ini. Kajian-kajian yang dilakukan oleh beberapa pengkaji terkenal seperti Normaliza Abd Rahim (2013), Brandtzaeg (2012), Waheed et al. (2017) dan Baharah et al. (2017) dipaparkan dalam buku tersebut. Bab seterusnya menerangkan tentang peranan guru dan pelajar dalam pedagogi dan di dalam bab ini diterangkan dengan lebih terperinci implikasi pedagogi. Jadi maka dapatlah disimpulkan bahawa keseluruhan buku ini memberikan pembayang akan aktiviti yang dilakukan oleh pelajar secara persendirian atau di dalam kelas. Tambahan pula, buku ini sangat membantu pengguna baharu dalam menerokai dunia media sosial seperti cara membuka akaun dan sebagainya.

Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim. (2019). Eh!!! Media Sosial. Terengganu: Penerbit UMT

Nama buku: Eh!!! Media Sosial
Penulis: Noraien Mansor dan Normaliza Abd Rahim
Harga buku: RM60.00 Shj





Wednesday, November 27, 2019

BBM3410Satu2019: Ulasan Buku Kajian Wacana dan strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi Normaliza Abd Rahim (2019)

Ulasan buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi

Buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi ini ditulis oleh Prof Madya Dr Normaliza Abd Rahim dan diterbitkan di Universiti Malaysia Terengganu, Kuala Nerus pada tahun 2019. Buku ini mengandungi tujuh bab iaitu Kajian wacana, Teori dan pendekatan wacana, Analisis wacana tekstual dan ujaran, strategi komunikasi, Taksonomi dan pendekatan strategi komunikasi, Analisis strategi komunikasi dalam kalangan kanak-kanak dan Cadangan kajian akan datang. Bab satu iaitu kajian wacana menerangkan tentang definisi wacana menurut pandangan wacana daripada beberapa pakar falsafah yang mengkaji bahagian wacana dan beberapa sumber lain seperti Kamus Dewan. Penulis juga menyatakan bahawa wacana dapat dilihat dalam bentuk lisan dan tulisan seperti teks, tulisan, ujaran dan interaksi yang membolehkan ujaran difahami dengan lebih mudah. Penulis juga ada menyatakan bahawa wacana terletak pada hierarki bahasa yang tertinggi iaitu selepas tingkat ayat. Dalam bab dua pula penulis membincangkan tentang teori dan pendekatan wacana. Terdapat lima teori dan pendekatan yang dikemukakan iaitu Teori Analisis Wacana Brown & Yule (1983), Teori Analisis Wacana Stubbs (1983), Teori Analisis Wacana Kritis (Vandijik.1977), Pendekatan Analisis Wacana Normaliza Abd Rahim (2018b), dan Teori Analisis Wacana (Normaliza And Rahim,2018d). Teori yang dikemukakan digunapakai dalam memastikan huraian dan analisis data dapat diproses dengan mudah. Selain itu, Bab tiga (Analisis wacana tesktual dan ujaran) berkaitan tiga kajian wacana dalam tekstual dalam lirik lagu, wacana tekstual cerita sosial dan ujaran dalam kalangan kanak-kanak autisme. 

Seterusnya, Strategi komunikasi dalam bab empat menerangkan tentang pengenalan strategi komunikasi yang merangkumi beberapa kajian oleh pakar falsafah yang mengkaji bahagian strategi komunikasi yang mempunyai perkaitan dengan sesuatu ujaran dan interaksi. Bab lima iaitu Taksonomi dan pendekatan strategi komunikasi membincangkan tentang beberapa taksonomi dan pendekatan yang telah diwujudkan oleh beberapa orang tokoh yang dihurai dengan lebih terperinci. Bab enam dalam buku ini bertajuk Analisis Strategi Komunikasi dalam Kalangan Kanak-kanak. Dalam bab ini penulis membincangkan tentang kajian strategik komunikasi dalam kalangan kanak-kanak. Akhir sekali, bab tujuh dalam buku ini akan membincangkan tentang cadangan kajian akan datang supaya dapat memenuhi kehendak pembaca pada masa akan datang. Kesimpulannya, implikasi penggunaan buku ini terhadap kita adalah dapat mendedahkan kita tentang kajian wacana dan strategi komunikasi serta dapat memberi ilmu pengetahuan tentang teori dan aplikasinya. 

Rujukan : Normaliza Abd Rahim. 2019. Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Penerbit: UMT  

Harga buku : RM20.00 



Monday, November 11, 2019

BBM3410Satu2019: 24 Oktober 2019

Assalamualaikum...


Kelas Amali, 24 Oktober 2019



Ada cara lain ke untuk bergambar bersama buku dengan lebih kreatif dan muka penuh emosi. Idea budak sekolah sangat. Jujur dari dalam hati. bila masuk kelas amali saja otak terus kosong dan membeku mungkin sebab penghawa dingin kuat sangat. Dengan laparnya sebab kelas tak berhenti sampai lah ke kelas amali. Rasa korangkan dengan muka acah comel tu saya dah baca ke belum?? 





Hari ini kami diarahkan untuk retweet post kawan-kawan dan komen serta retweet beberapa artikel menarik dari twitter orang lain dan twitter suratkhabar. kenapa saya memilih  untuk retweet artikel tersebut sebab berkaitan dengan isu masyarakat kita sekarang. masalah mental, masalah kurang perhatian, masalah seksual dan sebagainya. Ramai yang terlepas pandang isu ini sehinggalah mereka mengalami sendiri masalah tersebut. orang ada berkata mencegah itu lebih baik dari merawat. ayat itu bukan hanya untuk penyakit tetapi juga sesuai untuk isu dan masalah yang kita hadapi. pekalah dengan pesekitaran kerana kita sebahagian darinya.


Pesanan Dr Fadzilah, "kalian wajib tahu segala isu yang berlaku diluar atau didalam negara sebab kalian ambik sastera, sastera ini luas melibatkan semua aspek. Kalau kos matematik, dia tahu kira-kira sahaja Macam A** P****."



jom like dan follow Twitter saya

https://twitter.com/aui_mj?s=08

BBM3410Satu2019: Kaitan Biji Sawi dengan Hutang?

Assalamualaikum...

 17 Oktober 2019, Kelas Amali

Encik Akmal selaku tutor kami mengarahkan supaya berkongsi cerita pendek yang menarik. keadaan cuaca pada ketika itu agak buruk kerana hujan yang berturutan dengan petir yang sangat kuat. sedang seronok memandang luar tingkap mencari idea. tiba-tiba satu peristiwa yang mengejutkan semua termasuk petugas makmal iaitu berlaku blackout seluruh bangunan FBMK. 

mulut mengatakan "alaaaa...hilang idea..." tapi dalam hati, "yeahhh boleh balik awal. hehe.." 
.
.
tapi kelas masih diteruskan oleh encik Akmal. hampehh...
.
.
haippp!ingat pesan Prof. "Redha...". 


Nak dijadikan cerita idea kisah biji sawi ini bukan dari kisah blackout tu okay tapi dari lagu hutang, floor88 yang dimainkan dalam bas waktu nak balik. Kaitan biji sawi dengan hutang pulak masa tengah scroll Instagram Dakwah yang  post  tentang dosa sebesar biji sawi dan kesan api neraka yang diturunkan ke bumi yang hanya sebesar biji sawi. Dahsyat sangat. Insaf sekejap. hehe...

Apabila kita Redha kena datang kelas amali,
Apabila kita Redha tugasan banyak,
Apabila kita Redha kelas Blackout,
Apabila kita Redha kelas habis awal.

tuhan datangkan idea yang bagi kalian mungkin biasa tapi aku luar biasa. hutang piutang ini seringkali terjadi kepada semua orang. nikmatnya bila dapat pinjam, seksanya bila kena bayar balik. setuju?? tipu kalau tak setuju. siapa yang tak setuju tu dia yang banyak hutang tapi tak nak bayar..haaa...




gaya apa lagi..humor apa lagi...kreatif macam mana lagi nak buat untuk orang like dan retweet ni...Benda paling susah adalah untuk menghiburkan hati netizen. MasyaAllah...taubat aku.

Jadi kalau kalian ada idea boleh sumbangkan kepada saya di

https://twitter.com/aui_mj?s=08

BBM3410Satu2019: Twitter Thread

Assalamualaikum

Pada kelas amali yang lalu telah diajar untuk membuat rantai cerita atau orang putih cakap thread..

1 THREAD 



2 THREAD 



Masuk sahaja kelas pada jam 2 tersebut, disuruh membuat rantaian cerita di Twitter berkaitan Alim. Sejujurnya, pertama kali post selalunya retweet tak pun like saja. Tapi kali extrim sikit sebab kena buat post dan pastikan orang like, retweet atau komen. SubhanaAllah.. redha hati ini mencuba benda baharu. gitu... kata orang tak baik post tentang benda-benda ketuhanan yang meminta redha di sosial media tapi prof saya kata baik. jadi lebih afdal untuk diteruskan.  lepas post tentang cerita Alim ini. Ramai kawan kolej mesej di Whatsapp cakap..

Kawan 1: Salam Mira, kau suruh aku follow twitter hang, pehal post sama jer macam nitan, nira dan nira. Dah tiga kali aku baca.

Kawan 2: Salam Mj, kau tengah stress ke? Alim ni sape?Boyfriend baru ke?

Kawan 3: Salam mira, Alim ni siapa? Kau kalau takde benda nak post pun janganlah letak buku cerita pensyarah kau dalam post. ha.ha.ha

ini antara sahaja.. banyak lagi yang mesej saya. tapi itu semua saya ketepikan markah kot. lepas saya beritahu kelas multimedia. respon mereka seperti Redha...nampakkan bukan pelajar kelas multimedia sahaja yang kena redha. Semua orang yang berkait dalam sosial media saya juga belajar redha. #penanganRedhapalingextrim.

korang boleh follow saya punya Twitter kalau nak tahu lebih banyak perjalanan cerita saya dalam kelas multimedia boleh cari 

https://twitter.com/aui_mj?s=08






BBM3410Satu2019: Mudahnya dapat Like

Assalamualaikum...

Untuk post kali ini izinkan saya berkongsi sedikit kejadian ajaib yang saya lalui..sebelum itu saya bagi sedikit klu untuk anda semua teka 






okay.. dalam gambar diatas apa yang ada dapat lihat???
.
.
.
.
.
.
masih tak tahu??
.
.
Baiklah, saya ringkaskan dalam sejuta gambar ada jalan cerita, dalam banyak gambar ini sahaja yang prof suka. 

Saya nak post jugak dekat sini walaupun dapat dua sahaja like daripada beliau. Perkara paling best untuk semesta akhir saya ini adalah apabila keluar notifikasi drnormaliza like gambar saya.. Padahal caption tiada kaitan pun dengan gambar. segala humor telah saya keluarkan sampai kosong otak masih tidak di like nya. Tapi tidak mengapa, ini cabaran buat saya. Netizen diluar sana lagi dahsyat daripada prof. Apa-apapun kena tetap redha. sebab itu matlamat utama kelas multimedia ini. Dapat 2 like. Redha... Caption tak menarik. Redha... Tugasan banyak. Redha... komer ade 2 like?? takdekan..sila duduk diam.hehehe


Jadi..kepada sesiapa yang kasihan melihat saya yang batak like ini boleh like saya punya Instagram di

instagram.com/amirah_jalani



Saturday, October 19, 2019

BBM3410Satu2019: Tugasan Minggu-6

Assalamualaikum semua...

Hampir terlupa tugasan ini kerana syok tengok post rakan sekelas..Menarik semuanya..
Jadi sebagai rutin wajib kelas multimedia. Saya akan kongsi sedikit keistimewaan gambar ini↓





Gambar pertama dengan caption penuh sayu ini merupakan gambar kedua orang tua saya. sebenarnya banyak je gambar lain tapi saya rasa gambar ini menarik untuk dikongsi. Penuh pengalaman dan pengajaran. Gambar ini diambil di Tanjung Piai, Pontian yang juga merupakan hujung benua. Istimewanya gambar ini kerana ia merupakan gambar pertama ayah bergambar berdua bersama mama. Ayah seorang yang pemalu dengan anak-anaknya tapi dalam diam dia sangat ambil berat. Kepayahan mereka kadang saya dapat rasai dan kadang mereka sembunyikan. Apa salahnya kan kita kongsi gambar syurga kita kepada orang ramaikan. 





Gambar kedua ini saya ambil sewaktu kelas Asas Teater bersama Dr. Fadzilah. Kelas ini merupakan kelas minor saya.  Untuk Gambar ini saya berfikir panjang nak post sebab saya bukan jenis yang suka tunjuk gambar selfie dekat orang ramai lagi-lagi Instagram. Demi kelas Multimedia dan saya rasa gambar ini banyak mesej yang tersimpan, saya tekadkan diri untuk post. Saya bagi caption yang agak klishe tapi membawa dua makna mengikut pandangan pembaca. Muka pasrah sebegitu hanya akan terlihat diwajah wanita yang sudah tahu hakikat dirinya yang mampu beli hanya satu dalam sejuta. Ia menarik untuk dikongsi kerana saya pasti ramai wanita diluar sana mengalami perasaan yang sama dengan saya.

Jadi jika anda nak melihat gambar yang lebih menarik boleh follow IG saya

 instagram.com/amirah_jalani




Thursday, October 10, 2019

BBM3410Satu2019:ULASAN BAB 6 BLOG DI DALAM KELAS BAHASA

Assalamulaikum...

Bab ini membincangkan,


Blog merupakan salah satu medium komunikasi bukan secara terus yang digunakan kebanyakkan masyarakat di Malaysia. Ia dijadikan medium dialog  di antara penulis blog dan pembaca, pembaca dengan pembaca yang lain dan penulis blog dengan penulis blog yang lain. Blog ini bukan hanya digunakan untuk pendidikan tetapi mampu dijadikan sebagai jurnal atau diari serta boleh digunakan untuk tujuaan perniagaan dalam mempromosikan atau memperiklankan produk.


Kebanyakkan pendidik banyak menjadikan blog sebagai salah satu alternatif pendidikan kerana ia mudah untuk diuruskan dan sentiasa mampu dikemas kini oleh pemiliknya. Bahasa yang digunakan juga  adalah tidak formal dan kurang terhad.  Tambahan pula, penulis blog adlah pemilik mutlak blog  kerana mereka dapat mengawal sepenuhnya terhadap blog dan kandungannya.



Penggunaan blog dalam kalangan pelajar terutamanya banyak meninggalkan kesan positif. Blog mampu meningkatkan keyakinan diri, kretiviti, pemilikan dan mampu membangunkan komuniti secara tidak langsung. Blog ini juga mampu membentuk kemahiran menulis dalam pembelajaran bahasa seperti tatabahasa, idea, struktur ayat, perbendaharaan kata dan cara susunan penulisan. Mengikut kajian, pelajar yang menggunakan blog dalam menulis diari atau jurnal mampu meningkatkan keyakinan mereka dalam menulis dan menambah motivasi mereka untuk menulis blog dengan lebih kreatif lagi.


Kesimpulannya,  blog sangat membantu pelajar terutamanya untuk mempelajari bahasa dan teknologi melalui pembelajaran tanpa sempadan. Hal ini dapat dibuktikan dengan kajian yang telah dijalankan terhadap pelajar kelas bahasa Melayu dimana blog ini membantu mereka dalam mempelajari kesusteraan, bahasa dan pembelajaran teknologi. Mneulis blog bukan sahaja mampu meningkatkan motivasi  tetapi mampu menambah keyakinan dalam menulis. Kajian yang telah dilaksanakan melibatkan pengara untuk mempertimbangkan penulisan blog sebgai alat dalam pembelajaran bahasa kedua. Harapan kajian ini adalah untuk memastikan kajian pada masa depan akan lebih menumpukan kepada teknologi yang lain bagi meningkatkan gaya penulisan dalam bahsa kedua.



Disini saya sertakan 10 tip menulis blog dengan baik (Normaliza Abd Rahim, 2014).


Tajuk dan cerita yang boleh menarik hati dan perhatian pembaca.

Menambah ayat yang berunsur humor dan jenaka untuk menjadikannya lebih menarik.

Hujah terbaik harus diselitkan bagi menghuraikan penulisan.

kaitkan penulisan dnegan berita terkini.

Gunakan perkataan dan struktur ayat yang ringkas.

Mampu difahami dan dibaca.

Dapat berkomunikasi dengan pembaca.

Masukkan moral dan nilai estetika dalam penulisan.

Berilmu untuk penulisan pendididkan.




'Say nice things, Say ggod things and you will find happiness in life'

(Normaliza Abd Rahim & Noraien Mansor, 2017)




Thursday, October 3, 2019

BBM3410Satu2019: SUATU KETIKA



Aku bukan sempurna tapi aku telah disempurnakan dengan dilahirkan dalam keluarga yang super luarbiasa kasih sayangnya. 

Rumah tidak akan dapat dibina jika tiada tiang..Begitu juga keluargaku..Tiang dalam keluargaku adalah TokAbah dan TokMak. Merekalah penyatu keluarga besar ini untuk terus berkumpul tidak kira masa dan waktu. kebiasaannya kami berkumpul di rumah Felda kepunyaan TokAbah di Felda Pengeli Timur. Mereka ada tiga orang anak perempuan, tiga orang menantu dan lapan orang cucu.

Keluarga aku adalah kelaurga sulung kerana ibuku adalah anak perempuan sulung. Ibu dan ayahku ada empat orang anak dua lelaki dan dua perempuan. Kami tinggal bersana TokAbah dan TokMak. Dilahirkan disana dan dibesarkan disana. 

Makngahku adalah anak kedua mempunyai seorang suami dan tiga orang anak satu lelaki dan dua perempuan. Mereka tinggal di Pasir Gudang...

Muksuklu adalah anak bongsu dalam keluarga...Mempunyai seorang anak lelaki

Aku merupakan baka sulung dalam keluarga ini..Akulah anak sulung dalam kelaurga kecil ayah dan ibuku...Akulah cucu sulung buat TokAbah dan TokMak dan..Akulah sepupu sulung dalam kalangan sepupu-sepupuku

Gambar diatas dengan warna hijau yang berbeza dapat membezakan empat buah kelaurga yang berbeza. Walaupun berbza tapi kami tetap satu...SATU...KELUARGA!!!

.Gambar dibawah adalah kenangan terbesar buat keluarga aku. TokAbah dan TokMak dapat menunaikan haji diMekah...


Wednesday, October 2, 2019

BBM3410Satu2019: TIP BELAJAR DENGAN MUDAH

Assalamualaikum...

Berjayanya seorang manusia bukan hanya daripada doa dan tawakal tetapi usaha dan kesungguhannya..Disini beberapa tip belajar daripada saya kepada anda..


TIP BELAJAR DENGAN MUDAH

BACA DAN KONGSI

1. Anda harus mulalah dengan membaca supaya terhasilnya perkongsian..           Tidak perlu mengambil masa yang lama cuma setengah jam sahaja 
    (kerana otak perlu berehat jika tidak anda akan mengalami masalah otak jem)
2. Setelah itu.. berehatlah 15 minit hingga setengah jam..
3. Kemudian berkongsilah dengan siapa sahaja atau apa sahaja tidak kira kepada orang mahupun haiwan atau benda.. 
4. Gunakanlah ayat anda sendiri.


INGAT DAN KREATIF

 1. Baca dan keluarkan isi penting.
2. Tukarkan ayat dalam bentuk gambar atau rajah.
3. Gunakan lebih banyak warna untuk lebih menarik.
4. Tampalkan nota-nota anda di dinding atau ditempat-tempat kegemaran anda.


   ilmu yang bermanfaat adalah ilmu yang dikongsi bersama..

Tuesday, October 1, 2019

BBM3410Satu2019: Bird's Eye View (Pretige Production)

Bird's Eye View (3 gambar)


Proses penggambaran ini bukan mudah kerana didahului dengan mukadimah jeritan dan gelak ketawa dan diakhiri dengan tangisan...Penuh kenangan..Gayat habis...


Inilah bukti Malaysia telah maju..Selalunya tengok di televisyen sahaja tapi hari ini kerana kelas ini aku dapat melihat sendiri..
Ayat pertama yang keluar, "Mana UPM?".


Adik selalu tanya aku.."Akak, kenapa orang yang naik bukit tu tak dapat sentuh awan pun.".
"Sebab tangan dia tak sampai..", dengan selamba aku jawab..

BBM3410Satu2019: Over The Shoulder (Prestige Production)

Over The Shoulder (3 gambar)



Disinilah aku bermula..
mengangkat barang yang banyak sewaktu menjadi pelajar baharu dahulu.. Bangga dapat masuk Kolej Askar ni. 
Dahulu berwarna hijau kini sudah berubah rupa setelah minum produk Kuputih. Testimoni berjaya..


Sebelum masuk, Aku rakyat biasa..
Selepas masuk, Aku pejuang negara..


Memandang dengan lafaz syukur kerana aku masih dikurniakan mata untuk melihat ciptaannya.. Bukan tasik yang aku melihat sebenarnya tetapi abang kacak dihujung sana.

BBM3410Satu2019: Mug Shot (Prestige Production)

Mug Shot (3 manusia- tiga emosi berbeza)



Bila kau tak datang kelas dan kawan-kawan lain tengah berbincang untuk tugasan seterusnya...
"Aku baru tak datang satu hari..", bisik dia dalam hati.


Apabila sahabat baik kau cakap ramai yang minat dia.
"Haaaaa??" beserta muka kau bagi.


Ini kawan yang mudah terhibur..
"Wei, aku terkentut tadi.", kata aku kepada dia
"Hahahahahahaha..", dengan muka penuh emosi.

BBM3410Satu2019: Medium Shot (Pretige Production)

Medium Shot (3 manusia dan 3 permandangan dan manusia)



Senyum klasik yang sesuai dengan latar belakangnya..Klasik dan unik..Bukan mudah nak mengukir ukiran dibelakang begitu juga dengan senyuman saya.




Sebenarnya banyak manfaat pokok buluh ini..selain dijadikan untuk shooting cerita hantu atau cerita zaman dahulu. Remaja banyak menggunakannya sebagai gambar latar belakang semasa berswafoto. 


Teka..saya duduk ke berdiri..saja pandang lain sebab nak kelirukan awak yang melihat.




Tasik inilah pertemuan pertama saya dengan multimedia. Selalunya datang untuk makan dan jalan-jalan. Tak pernah pulak terfikir hendak berswafoto dengan tasik.


Gaya formal dan ayu yang selalu perempuan buat..dengan caption pandangan jodoh saya.




Bersiar-siar ditaman waktu petang selain dapat jumpa lelaki kacak sedang beriadah bersama teman wanita..dapat jugaklah menanggalkan lemak-lemak degil secara tidak sengaja.

BBM3410Satu2019: Youtube (Vlog Konvokesyen)

Assalamualaikum wbt... 24 November 2019, Youtube, Video 10 Video sepuluh ini adalah video yang paling menyeronokkan buat kami sebab...